Meyusur kehidupan seharian, pelbagai pengalaman di tempuhi samada baik mahupun sebaliknya, namun perjalanan hidup seharian ku tempuhi dengan sikap yg terbuka dan luas pandangan. Namun jauh di sudut dalam hati aku bersyukur diatas perjalanan hidup ku kini. Hidup ibarat roda sekjap di bawah sekejap di atas, namun apa yang tercoret dalam hidupku jauh lebih bermakna dari sesetengah coretan hidup orang lain. Menyusur kisah yang baru kubaca dalam akhbar hari ni, kehilangan 3 permata hidup serentak sehari sebelum syawal bagi keluarga sebuah keluarga dari Selangor amat mencabar kesabaran dan keimanan namun sebagai insan hamba Allah takdir harus diterima mahu seberat mana ujian di turunkan. Rahsia liku kehidupan hanya Allah Maha Mengetahui. Wallahualam.
15 Oct 07- 9pm
No comments:
Post a Comment